10 Benda Pelik Hari Ini

1. Pakcik tua dekat cyber cafe area Melawati menaip message yang lucah untuk dihantar kepada SazzyFeera melalui Friendster. Pakcik yang sama yang aku dengar melalut pasal kes zina bebudak flat area Pandan Indah dekat kedai mamak tadi.
2. Tiga budak sekolah bertudung ikut aku merata-rata dekat Giant tadi. Awal-awal aku ingatkan kebetulan tapi lepas dah setengah jam mengekori aku, aku terus ke toilet and tunggu dorang give up. Dorang tak give up jugak. So aku buat-buat beli kondom. Lagi dorang ikut. Aku give up.
3. Kalau sebab gambar semi-nude pun Elizabeth Wong boleh resign position EXCOnya, baik aku delete gambar XXX aku sekarang.
4. Budak-budak kampung Sungai Pusu main game FIFA, CS, WWE dan Command&Conquer mengalahkan aku tapi guna Microsoft Word pun tak reti sehinggakan memanggil aku untuk tolong dorang save document.
5. Aku keluar daripada masjid selepas Solat Jumaat and terus pergi kedai mamak, dorang tak pergi sembahyang pun. Yang anehnya isteri-isteri dorang datang dengan bekal makan tengahari dorang. Benda pelik pertama: Kenapa perlu bekal untuk suami yang bekerja dekat kedai yang jual makanan 24/7? Makanan kedai mamak ada side effect untuk mamak ke? Benda pelik kedua: Kenapa isteri dorang ni ada tilak/bindi dekat dahi dorang? Bukan kedai mamak ni dikendalikan oleh orang india Islam ke?
6. Roommate aku merajuk semacam dekat aku. Setahu aku aku roommate mithali.
7. Mungkin semalam aku tegur dia sikit sebab dia jawab call awek orang waktu pagi-pagi buta. Kalau aku mula tegur tu maksudnya something is awfully wrong somewhere lah. Pesanan: buat kat orang, kita kena balik nanti.
8. Cafeteria Bilal letak Gula dalam milo ais dorang. Mahal sangat ke Susu? Memang nak kena letak flyer tak puas hati dekat seluruh Bilal supaya dorang berhenti letak gula dalam minuman yang sepatutnya tak bergula.
9. Seluar dalam boxer aku longgar pagi ni. Adakah ini bermaksud aku telah lose weight atau fabric softener yang aku ada effect pada fabrik yang 20% polyester.
10. Kenapa aku blog dalam Bahasa Melayu pasar hari ni? Pelik.

1 comment:

Dunn said...

Em seus primeiros minutos brincando, voc vai notar algumas coisas: This lens highlights some of the beautiful classical pieces which have been composed for this wonderful instrument. An Promote Goal Has To Resolve With The Harmony Teacher And The Jobs, Before Assignments The Scholar Is Specified On A Weekly Basis. The built-in digital reverb simulates reverberation to add more depth and life to your music. I hope this simple A.S.A Piano Review will aid you to differentiate whether A.S.A Piano is Scam or perhaps a Real Deal.